Monday 13 October 2014

Tan sri syed mokhtar al bukhary



Tokoh usahawan Berjaya

1.      Tan sri syed mokhtar al bukhary


  Tan sri syed mokhtar al bukhary di lahirkan di alor setar kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari handramaut, yaman. Beliau merupakan anak ketiga dari 7 orang adik beradik. Pada mulanya bapa beliau mengembara ke asia tengah untuk berniaga dan seterusnya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40 an, barulah bapa beliau mengambil keputusan menetap di kedah. Keluarga beliau hidup dalam keadaan serba kekurangan di mana rumah kayu beliau yang terletak di kampung hutan keriang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil. 

   Pada tahun 1970 an, tan sri syed mokhtar telah mengambil alih perniagaan ternakan bapanya tetapi perniagaan tersebut tidak bertahan lama kerana perniagaannya merosot di sebabkan oleh wabak penyakit kaki dan mulut. Wabak itu telah merebak keseluruh selatan Thailand, kedah, perlis dan semua ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan . pada tahun 80 an beliau beralih kepada bidang pengangkutan yang telah membawa  tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh  korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang bertanggunjawab menjadikan pelabuhan tanjung pelepas johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat. 

  Tan sri mokhtar telah mengasaskan yayasan islam al bukhary yang telah membina dan menguruskan  muzium kesenian islam bernilai rm 70 juta di kuala lumpur. Tan sri mokhtar al bukhary merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sering belajar dari kesilapan yang di lakukan. Beliau merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaannya terutamanya soal pembelian dan pengambil alihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi pengalaman yang ada pada dirinya membolehkan beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan dengan jayanya.  




No comments:

Post a Comment